

18 Ogos 2008, Abah dan mak telah datang ke rumah Azhar kat Behrang 2020, Kami telah melawat tempat yang bersejarah dalam hidup abah iaitu tempat pertama abah sebagai seorang Ustaz di Kampung Balon Slim River Perak. Abah telah mengajar di Sekolah Rakyat Irsyadunnas dan Abah antara pengasas sekolah berkenaan bersama dengan Kiyai Khudhori daripada Temoh tempat di mana abah memondok. Kami telah berjumpa beberapa orang bekas pelajar dan mereka masih lagi mengingati abah walau hanya dengan mendengar suara abah sahaja. Besar sungguh jasa abah terhadap kampung tersebut sehingga penduduk kampung telah bergotong royong membukakan tanah untuk abah menetap di sana. Tetapi rezeki abah bukan di sana dan mendapat tawaran mengajar dengan Kementerian Pendidikan dan meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan di Tampin Negeri Sembilan setelah lima tahun berkhidmat di Irsyadunnas Kampung Balon Slim River Perak.
2 ulasan:
Yang rumah papan tinggi tu tempat abah mondok ke?.. Emmm... itula kelebihan menjadi guru, di kenang murid sampai bila2. Tahniah pada kaklong dan Ahar kerena meneruskan perjuangan abah mendidik anak bangsa...
Tahniah Ahar bawa abah ke tempat lama dia, klau ahar tak cerita, sampai skrg akak tak tau sejarah perjuangan abah tu... Pada Kak Long dan Azhar, teruskanlah perjuangan abah dalam bidang pendidikan. Satu amal jariah kan ILMU yang disalurkan kepada anak bangsa akan berpanjangan dan turun menurun kepada generasi yang akan datang...
Catat Ulasan