Sabtu, Jun 28, 2008
Selasa, Jun 24, 2008
Isnin, Jun 23, 2008
Aqilah Bt Aminuddin menjalani pembedahan Jantung
Isnin, Jun 16, 2008
Selamat Hari Lahir Azrul..
Selamat hari lahir yang ke-32 diucapkan kepada adik yang paling bongsu Azrul.. Semoga sentiasa sihat diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.. Tak ada hadiah yang boleh diberi hanya doa yang tulus ikhlas..
Jumaat, Jun 13, 2008
Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa buat abah tercinta.. Semoga abah sihat sejahtera.. Dipanjangkan umur dan diberkati Allah.. Walaupun tak pernah terlafaz di bibir tetapi sebenarnya kami anak-anakmu amat menyayangi mu.. Terima kasih abah kerana membesarkan kami.. Teringat ketika abah masih kuat dulu.. Naik motor pergi pasar.. Hantar kuih kat hospital dan sekolah..Jadi Imam di surau.. Beri takmir kat masjid-masjid.. Jogging kat Taman Rakyat.. Itu semua sentiasa terpahat di memori kami..
Selasa, Jun 10, 2008
Penjimatan Minyak Dengan E-Charge
.jpg)
.jpg)
Bersempena dengan kenaikan harga minyak, kita ada satu produk untuk diperkenalkan kepada semua ahli keluarga Haji Tormodi. Produk yang bernama e-Charge mudah dipasang. Hanya sambungkan ke pencucuh rokok dalam kereta dan ia akan berfungsi sepenuhnya. Disamping menjimatkan minyak, ia bertindak sebagai penstabil arus elektrik(pemantap voltan) dalam kereta, malah dilengkapi dengan Sistem Doktor Bateri dan Sistem Pengurangan Gangguan. Senang dan mudah untuk melihat jangka hayat bateri kereta melalui screen digital. Saiznya yang kecil memudahkan pengendaliannya.. Saya telah menggunakan produk ini sejak lebih seminggu yang lepas. Memang ada perubahan dari segi kelancaran enjin, pick-up lebih skit dan minyak agak jimat walaupun baru pakai dalam seminggu. Untuk makluman produk ini menggunakan teknologi Japan yang mempunyai warranty. Untuk kelebihan yang lain sila baca katalog yang disediakan. Harga RM396.00. Selamat mencuba...
Isnin, Jun 09, 2008
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)

