Khamis, Februari 19, 2009

Laporan Polis

PADA 18/02/09 JAM LEBEH KURANG 0430 HRS EMAK SAYA SEDARI PINTU BELAKANG RUMAH SAYA TELAH TERBUKA DI SYAKI RUMAH SAYA TELAH DI MASUKI ORANG DI ALAMAT SEPERTI DI ATAS. APABILA SAYA PERIKSA SAYA DAPATI BEG PINGGANG JENIS CAMEL SAYA YANG DI LETAK DI SEBELAH SAYA SEMASA TIDUR DI DALAM BILIK TIDUR SAYA TELAH TIADA DAN JAM TANGAN JENIS SEIKO YANG DI LETAK KAN DI RUANG TAMU. BEG PINGGANG SAYA MENGANDUNGI BEG DUIT JENAMA BONIA KAD PENGENALAN MY KAD, LESEN MEMANDU KELAS D,B2, CUKAI JALAN M/SIKAL BKF 2309, ATM KAD MAY BANK, BANK ISLAM, KAD KREDIT EON,BANK ISLAM, TALIPON BINBIT NOKIA N 95, TALIPON BINBIT CSL DAN WANG TUNAI RM 200/=. SAYA DATANG BALAI BUAT LAPORAN POLIS. INI SAHAJA LAPORAN SAYA.

Isnin, Disember 29, 2008

Penghijrahan

Hari ini 1 Muharam 1430, bermulalah penghijrahan ku ke klang.. Rasulullah dahulu berhijrah demi utk menegakkan Islam.. Aku berhijrah demi tanggungjawabku kpd ibubapa.. Semoga hijrahku ini diberkati dan diredhai Allah.. Buat sahabat2ku di SAMSES maafkan segala kesilapanku sepanjang kita bersahabat.. Buat pelajarku, belajarlah bersungguh2 krn ilmu shj yg boleh mengubah hidupmu di masa depan.. Maafkan gurumu ini sekiranya ada kekurangan dalam mendidikmu..

Khamis, Disember 25, 2008

Pindah ke Klang..

Alhamdulillah.. Azhar dan keluarga dapat berpindah ke Klang. Azhar kat SAMT Sg Manggis. Suriya pulak ke SAMT Hishamuddin Kg Jawa. Tinggallah kami dengan Emak Abah.. Mudah-mudahan kami dapat menyenang hati mereka berdua. Kakak-kakak dan adik doakan kami berdua semoga dipermudahkan dalam semua urusan..